Dr Siddiq Fadzil dan Derap Perjuangannya
Abstract
Kertas ini menelaah buku Melayu dan Islam: Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Dr Siddiq Fadzil. Setelah diluncurkan pada 25 Jun 2012 di Hotel De Palma, Ampang, buku Melayu dan Islam: Martabat Umat dan Daulat Rakyat karya Dr Siddiq Fadzil terus diangkat dan “siap ditanggapi” oleh khalayak pembaca dan intelek. Dr Siddiq lahir di kalangan pemikir dan kelompok pembaharu di tanah air; dan merupakan aktivis dan pemimpin Islam yang besar yang menonjol dalam kegiatan intelek dan budaya yang luas. Beliau merupakan penggerak penting gerakan PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia), ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) dan WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) dan telah bergelut dalam perjuangan bangsa sejak empat dekad yang lampau. Artikel ini cuba merumuskan sumbangannya dalam buku Melayu dan Islam ini sebagai suatu koreksi budaya dalam mengangkat diskusi tentang tradisi dan ciri budaya yang signifikan di kepulauan Melayu-Indonesia yang berakar dengan nilai rasionalisme dan humanisme Islam yang kental dan faham-faham pemikiran yang ideal yang telah mengangkat dan mempertahankan nilai kebudayaan dan peradabannya sejak masuknya Islam ke nusantara.
References
Sayyid Qutb (1986). Di Bawah Naungan Al-Qur’an Fi Zilal al-Qur’an. Terjemahan Sidiq Fadil. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia.
Siddiq Fadil (1977). Kebangkitan Umat: Kenyataan dan Harapan. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.
Sidek bin Haji Fadzil (1978). Ash-Shaykh Muhammad Abduh: Suatu Tinjauan Kritis terhadap Pemikirannya dan Rumusan mengenai Pengaruhnya dalam Masyarakat Melayu. Tesis (M. Lit.), Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siddiq Fadzil (1989). Mengangkat Martabat Umat: Koleksi Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM (1982-1988). Angkatan Belia Islam Malaysia.
Siddiq Fadil (1993). Kepimpinan Melayu Era Perubahan. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.
Siddiq Fadil (1998). Minda Melayu Baru. Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar.
Siddiq Fadzil (2000). “Al-Sayyid Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi: Tema-Tema Besar Pemikirannya”, Jurnal Usuluddin, 11 (Jun, 2000): 131-140.
Siddiq Fadzil (2004). “Institusi Pengajian Islam: Peluang dan Cabaran”, dlm. Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 10 Bil 4, 2004.
Siddiq Fadzil (2012). Islam dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat. Kajang, Selangor, Akademi Kajian Ketamadunan.
Siddiq Fadzil (2013). Memugar Pendidikan Keinsanan. Akademi Kajian Ketamadunan.
Siddiq Fadzil (2014). Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan: Himpunan Pidato Kependidikan. Akademi Kajian Ketamadunan Kolej Dar al-Hikmah (KDH).
Siddiq Fadzil (2014). Kuliah Tafsir Maudhuiyy (Membangun Negara Dakwah: Komitmen Keagamaan Kerajaan Sulayman A’S). 22 November, Dewan Besar Kolej Dar al-Hikmah (KDH), Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor.
Siddiq Fadzil (2014). “Islam dan Melayu: Menatap Wajah Citra Bangsa dalam Sejarah.” The Malaysian Insider, 25 November, 2014.
Siddiq Fadzil (2015). Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri Ke 73 (Fitnah Seksual dalam Pengkisahan Al-Quran). 25 Mac, Kolej Dar al-Hikmah.
Sidiq Fadil (2016). Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan. Shah Alam: Institut Darul Ehsan.
Siddiq Fadzil (2018). “Fiqh Kewarganegaraan: Aplikasinya dalam Konteks Malaysia Baharu (Ucaptama Muhadharah Pentadbiran Islam “Siyasah Shari‘yyah: Aplikasi Fiqh Kewarganegaraan (Fiqh al-Muwatanah) Dalam Era Malaysia Baharu). Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), 16 Mei.
Copyright (c) 2019 Borneo International Journal of Islamic Studies
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.